Informasi Terkini

Program AKOK ~ Apa Khabar Orang Kampung pada 24hb. Oktober 2009. YB Puan Noriah Kasnon minum pagi bersama penduduk warga Desa Permai.

Saturday, October 24, 2009

Program AKOK

Apa Khabar Orang Kawasan Bersama Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
YB Puan Noriah Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar.

Sessi Taklimat Peluang dan Keahlian Baru Wataniah

Minum Pagi Bersama YB Puan Noriah Kasnon

Kaum Ibu turut hadir untuk mendapatkan peluang yang ada

Kaunter Pendaftaran Wataniah, Kit Bumi Hijau dan Rawatan Kesihatan



Monday, October 19, 2009

Sambutan Aidilfitri

Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Desa Permai Bersama Anak Angkat IPT UITM (OPKIM) dan RELA Daerah Sabak Bernam.











Sunday, October 18, 2009

Sejarah Kampung Desa Permai

Sejarah kampung Parit 8 Timur Gambut di buka pada tahun 1955 di bawah naungan ketua kampung Parit 8 Bendang, Sidang Yusop sehingga tahun 1960. Apabila Sidang Yusop meninggal dunia,maka daripada masa tersebut kawasan Parit 8 diambil alih pula oleh Sidang Mawan Bin Along.

Pada masa itu kampung ini tiada satu pun kemudahan yang ada seperti masjid, dahulunya sebuah surau kayu berlantaikan papan hasil usaha penduduk kampung sendiri untuk mendirikannya dan laluan untuk menyeberangi kawasan ini telah dibuat di sebuah jambatan kayu hasil gotong-royong oleh pihak setempat memandangkan keadaan kampung pada masa itu begitu daif.

Dengan hidayah inayah subhanahuataalah Dato’Hj Masloro Bin Hj Abdullah telah mendapat satu idea untuk menubuhkan UMNO Cawangan secara gabungan antara Parit 7 Gambut dan Parit 8 Gambut. Tidak lama kemudian Parit 9 dan Parit 10 Gambut turut serta dalam cawangan UMNO tersebut.Cawangan Parit 7,8,9,10 dijadikan cawangan UMNO di bawah pentadbiran satu ketua iaitu Dato’ Hj Masloro Bin Hj Abdullah mewakili bahagian Tanjung Karang.

Pada masa itu UMNO bahagian, dipimpin oleh Dato’ Kamarulzaman dan Dato’ Kamarulzaman mencalonkan Dato’ Hj Masloro Bin Hj Abdullah untuk menjadi Ketua Kampung tetapi beliau menolak lantikan atas sebab-sebab peribadi. Dengan ini maka Dato’ Hj Masloro mencalonkan Yahya Bin Karis selaku ketua kampung Parit 5,6,7 dan 8.

Beberapa tahun kemudian Kawasan Pentadbiran JKKK Hj Yahya Bin Karis begitu luas maka kawasan tersebut di bahagi kepada dua bahagian iaitu Parit 5 dan 6 di tadbir oleh Sidang Hj Yahya Bin Karis dan Parit 7 dan 8 di tadbir oleh Dato’ Hj Masloro Bin Hj Abdullah dan di beri nama (Kampung Desa Permai).Mukim Pancang Bedena, Daerah Sabak Bernam,Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Parlimen Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.